Sumbangan tunai Rahmah login 2025
Bagaimana nak login str (SUMBANGAN TUNAI RAHMAH).
Sangat senang, ikuti langkah mudah seperti dibawah ini.
LOGIN STR 2025
Korang google jer str login, atau str login 2025. Nanti dekat first page paling atas biasanya akan terpapar laman website rasmi str login.
Atau korang boleh login terus ke laman rasminya disini STR LOGIN.
Tekan no kad pengenalan dan tekan butang log masuk. Kalau anda belum pernah mendaftar, tekan butang permohonan baru STR. Nanti korang kena update ,no kata laluan dan sebagainya. Ikut dia punya aturan yang diperlukan.
Sekiranya anda dah memang dah daftar STR , dan no kad pengenalan betul, dia akan keluar no kata prasa yang anda daftarkan. Tekan butang ya, jika betul perkataan frasa masa anda daftar dahulu.
Masukkan no kata laluan yang anda simpan dalam kepala atau di tempat yang selamat. Tekan butang Log Masuk. Sekiranya anda terlupa kata laluan, tekan link dibaawah terlupa kata laluan. Korang kena jawab beberapa soalan keselamatan.
Korang jawablah berdasarkan soalan keselamatan yang dah buat masa daftar yang dulu tuh. Kalau tak dapat jawab, menang tak lepaslah jawabnya. Sebelum itu dia akan mintak email yang anda daftarkan.
Tekan butang seterusnya . Nanti dia akan reset semula kataluan hantar melalui email yang anda telah daftarkan.
Bagi yang tak lupa kata laluan. Terus butang log masuk.
Anda berjaya log masuk sumbang tunai rahmah.
Untuk seterusnya terus tekan butang kemas kini permohonan, jika ada pertukaran maklunat dari segi jumlah anak, isteri, kematian, gaji dan sebagainya.
Comments
Post a Comment